Ujian memang datang tiba-tiba tanpa terduga, sebab itu kena buat Persediaan

Perkongsian Perjalanan Kehidupan.

Bulan lepas, ada sahabat saya sign up Hibah Berganda, dia dah ada Medical Card dengan ejen lain yang juga sahabat dia. Alhamdulillah. Dia, Well Protected.
Ada dah perlindungan pendapatan dia, tak terganggu dengan kos-kos perubatan apa2, dan ada perlindungan pendapatan perniagaan dia pada diri dan keluarga dia.
Etika perunding yang baik adalah jika orang di approach itu sudah ada medical card, dari operator jenama apa sekalipun, jangan disuruh mereka terminate atau surrender hanya kerana kita nak suruh dia signup dengan kita.
Ini sangat tidak beretika kerana jika terminate, surrender, perlu daftar baru dengan operator lain, dan perlu mula semula harga pada usia terkini dan perlu mula semula, waiting period. Tempoh menunggu.
Dan bahayanya ialah, jika berlaku sesuatu pada client tersebut selepas terminate atau surrender dan mula yang baharu dan tak cukup waiting period, atau dalam tempoh menunggu tersebut, adakah ejen yang suruh surrender atau terminate tu, nak bayar segala kos perubatannya?
Sahabat saya ni, dia seorang pengusaha perniagaan barangan yang pelbagai. Awal minggu lepas, ketika saya dalam perjalanan ke KL, dia mesej saya, dia sedang ambil exam TBE, lesen untuk menjadi perunding Takaful. Dengan sahabat dia yang lain. Dia sangat supportive dengan kawan-kawan.
Dia lulus exam. Alhamdulillah.
Selang sehari kemudian, dia mesej saya lagi. Dia ada angkat2 barang, kemudian sakit belakang yang sangat teruk, hingga perlu dipapah.
 
No photo description available.
 
Dia ke KPJ dan buat MRI, dia disahkan slip disc.
Tak semena-mena, ini boleh berlaku.
Tiada siapa minta, tiada siapa tahu.
Alhamdulillah, bila saya berhubung dengan dia, katanya doktor beritahu dia, tak terusik apa2 saraf. Cuma dia perlu diteruskan dengan rawatan-rawatan dan pemerhatian fisioterapi.
Saya mohon kita sama-sama berdoa kepada Allah swt, pada hari hari akhir ramadhan ini agar sahabat saya ini, segera sembuh, segera pulih, segera boleh solat berdiri seperti biasa dan bergembira di hari kemenangan, Aidilfitri ini.
InshaAllah. InshaAllah. InshaAllah.
InshaAllah kita berkongsi kesedaran dan beri cadangan apa yang diperlukan. InshaAllah. Dan, jika dah ada kesedaran dan kemampuan, usah bertangguh-tangguh.
We never know whats coming, better be prepared and protected.
 
ISI BORANG TAKAFUL SURVEY FORM INI UNTUK KETAHUI KEPERLUAN ANDA : Klik Link atau Foto https://forms.gle/84DGR4DMgd4BzyE19 
No photo description available.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top