“Di sanalah jalan menuju negeri abadi, kita hias dengan hiasan terbaik”

2 min read
“Di sanalah jalan menuju negeri abadi, kita hias dengan hiasan terbaik”
 
Itu dialog yang saya bayangkan bila tengok balik foto ni, walhal kawan peniaga chakotiaw, kawan adik ipar saya ni sedang tunjuk abang dia datang dari arah situ.
Saja salam-salam tadi, borak-borak dua tiga orang, salam dengan si dia ni, dia kata “abgzul kan,abgzul kan”.
 
Saya eh, macam mana kenai, saya ingat ingat lupa.
Dia kata follower FB.
 
Haish.
 
Mereka ni adik beradik peniaga, bagus orangnya. Saja borak borak macam mana persediaan ramadhan nanti. Banyak juga tips yang saya belajar termasuk kata-kata hikmah.
Saya nak kongsi tips tidur lena tapi saya ada appointment dah petang ni, nak kena bergegas.
 
No photo description available.
……
Sebelah masjid pokok asam ni, memang tapak kubur. Memang zikrulmaut lah, confirm.
Tapi adalah dengan mengingati mati, zikrulmaut, membuatkan kita hanya merenung dan membiarkan semata-mata?
 
Tak, dengan mengingati matilah kita berusaha lebih keras, merancang, berdoa, bertaubat, berusaha sedaya upaya kita untuk mempersiapkan kubur yang bakal menjadi jalan kita ke negeri abadi.
Dengan mengingati mati kita berusaha keras untuk cari rezeki dengan cara kerja terbaik, yang jujur, amanah, buat sehabis baik, tidak rasuah, tidak menindas, tidak berbohong. Kita makin clean dan makin jernih minda, supaya tidak membawa beban dosa.
 
Dengan mengingati mati, kita sedaya upaya cari jalan, supaya kita tidak tersangkut apa apa urusan dengan manusia lain, terutamanya hutang, tuntutan, dan amanah.
Antara cara saya semakin tenang jika ajal menjelma, tak tahu bila,ialah dengan menyiapkan satu DANA untuk isteri dan anak anak saya meneruskan kehidupan dan wasiat untuk menyelesaikan hutang saya yang ada dalam catitan saya.. Kan Nabi Saw pesan catit hutang kan…haa..sunnah tu…
 
Ciptalah DANA itu. Jika tak tahu , bertanyalah. Bertanya juga tanda usaha untuk tahu. Bila dah tahu, inshaAllah akan faham fungsi dan salurannya.
Tanyalah saya, pm lah, whatsaplah, inshaAllah saya kongsi sebaik yang mungkin.
 
No photo description available.
 
Kita semua nak ke Syurga,
dan taknak “tergantung” apa apa diantaranya..
 
Jumaat harini tak tertidur
Sebab malam-malam dapat tidur lena,
 
Alhamdulillah.
Peace Of Mind
abgzul https://www.facebook.com/zultsyok/

PruVenture Manager
Trusted Takaful Agent
Top Nationwide
Top Northern
Starclubber

Klik Facebook Abgzul
Klik TikTok Abgzul

Bacaan Tambahan:

More From Author

+ There are no comments

Add yours