Pernah kah kita kira,
berapakah yang telah ibu atau ayah kita telah belanjakan ke atas diri kita,
sejak kita lahir hinggalah kita tamat belajar dan mula bekerja?
Mahukah kita, sama sama mengira dan membayarnya kembali?
Atau mahukah kita merancang untuk memberikan sejumlah wang kepada ibu dan ayah selain dari wang bulanan…
Mereka, pastinya tidak meminta.
Soalnya, adakah kita mahu, berniat, berusaha dan mencari jalan untuk melaksanakan niat itu?
Salam Maghrib.
Lagi 5 hari ramadhan. Semoga kita semua berkesempatan meraih Ramadhan.








