Saya pernah keluar 32 hari, ke Nepal.
Berkayuh basikal, 28 hari, melalui ketinggi 5416 meter, 1 kilomoter lebih tinggi dari gunung kinabalu.
Saya pernah keluar, 14 hari, 7 hari bertiga, 7 hari sorang-sorang, pusing-pusing thailand dari selatan, ke barat thai, ke utara thai dan ke timur thai…
Saya pernah keluar ride india, lebih kurang 14 hari juga..
Keluar ke turkey, plan 22 hari, jadi 28 hari , nyaris terkandas dalam ribut salji, yang menakutkan…
Motor patah, ride tepi sungai Ganges waktu malam, nyaris AMS di Merak dan Tso Moriri, kerana tinggi, sejuk, dan sepanjang hari ride tu dalam keadaan hujan lebat, basah dan ada tanah runtuh.
Enjoy, seronok, happy, walau penat, tapi sentiasa beringat, ada isteri dan anak-anak di rumah.
Antara yang saya buat ialah , sebanyak mana kos saya keluar, sebanyak itu jugalah saya tinggalkan kepada isteri.
Saya rasa, itu cukup untuk ditinggalkan untuk perbelanjaan isteri dan anak-anak.
Tetapi, jika berlaku apa-apa pada saya di luar negara tu…
Cukup kah?
Sebelum ni, saya rasa saya ride, kayuh, travel luar negara, rasa cukup dengan travel insurance…akan ada coverage2 yang agak tinggi, tapi kebanyak insurance ini, ia akan bayar bil-bil hospital.
Bukan beri perlindungan pendapatan saya yang dapat dari perniagaan saya , kerja-kerja saya tu untuk anak dan isteri. Tidak.
Apabila isteri saya teruji, dan beberapa kes kawan-kawan, dan mencecah usia 40an ni. Saya tersedar.
Saya perlu ada income protection, jika berlaku apa2 pada saya, pendapatan yang saya biasa dapat tiap2 bulan tu, akan terus dapat, untuk 5 atau 10 atau 20 tahun lagi kehidupan, untuk anak dan isteri saya, dan saya sendiri jika berlaku keadaan kecacatan pada diri saya.
Bagaimana dengan perniagaan yang diusahakan 10-20 tahun tu?
Jika yang ada jawatan, karier, pekerjaan bagus, jika berlaku apa2, masihkah dapat pegang jawatan tu, atau diganti? Pampasan dapat cover kesemuanya?
Jika bulanan komitment saya 7k 8k, ketika normal, mungkin jika berlaku kecederaan dan memerlukan rawatan-rawatan tertentu, berkala, dan sebagainya, ia boleh cecah belasan ribu ringgit.
Jika meninggal terus, mungkin tidak akan bebankan keluarga dari kewangan, mungkin akan terbebankan mereka dengan rindu dan kasih sayang.
Perniagaan saya?
Nak beri anak sambung? Masih kecil
Nak bagi isteri sambung? Samakah cara dia handle?
Nak bagi apperantice? wasiat kepada partner?
Itu lah saya memerlukan Income Protection Plan dan Business Protection Plan dan saya semakin faham kerana semakin ada kesedaran.

Dulu?
Ahh… ride jelah, apa2 jadi, ada insurance travel, por bor kalau kaki ride thailand, atau insurance 101, etc, tapi semua itu untuk bayar hospital dan serba sedikit urusan jenazah dan ada sedikit pampasan.
Itu belum lagi jika berlaku kecederaan atau kematian bagi pihak orang thailand, jika ride thailand lah. Dan belum lagi jika kecederaan kita, menyebabkan kita perlu masuk ICU, rawatan di luar negara.
Dulu, bukan lah rasa kebal dan rasa takkan berlaku apa-apa. Tapi, tak ada kesedaran. Risau tu ada, apa2 jadi, macam mana anak-anak dan isteri… tapi tu lah..
Sebenarnya, bil hospital tak mahal, kos kehidupan, tak mahal, insurance, premium bulanan, tahunan, semua tu tak mahal.
Yang mahal , kesedaran.
Moga kesedaran itu sampai lebih awal,
dan tidak terlewat.

Kini, saya dah tak bimbang, saya makin jelas. Alhamdulillah.
Orang rumah juga dah tak minta berapa kos saya pergi, tinggalkan yang sama, cukup nafkah-nafkah wajib ditinggalkan, kerana jika apa-apa berlaku, inshaAllah isteri, anak2, perniagaan, pendapatan, tetap dan bahkan boleh jadi lebih dari yang sedia ada.
Keluar lah mengembara…Dengan perlindungan , untuk diri, dan keluarga dan perniagaan atau pekerjaan, karier yang telah anda bina.
Income Protection Plan
Business Protection Plan.
Tulisan dari hati Oleh: Zulhafidz Yahaya
PruVenture Manager
Sg Petani, Kedah.





