Solo Ride Bulan Puasa 28-31 March 2023.
——-
28/3/23
——-
Keluar dari Sg Petani dalam jam 12 tengahari, tapi tak panas sangat, ada kena hujan sikit di Taiping, kemudian bila sampai area Tapah – Slim River, Ya Allah, Panas.
Di BHP RnR tapah tu, berenti nak isi minyak.
Ada la uncle india seorang berenti tepi kereta dia, dia kata taknak block orang lalu, nak.beli barang sikit.
Ngam saya isi minyak, uncle tu keluar bawak air. Dia teguk sedap kemain tingkap bukak, saya sajala bermesra,
“Sedapla uncle, minum air sejuk cuaca panas-panas ni”
Dia tergelak dan cakap.
“Sorry sorry, u visor hitam i tak nampak”
Saya cakap eh takpe takyah sorry. saja nak bertegur2.
Dia pun cakap ayat ni
“Takpa, panas-panas ni, u sabar, u puasa, u boleh masuk syurga”.
Fuh. Padu kene ayat. Maka bersabarlah saya walau musafir boleh berbuka, tapi sayang nak ganti.
Terus perjalanan, jam 4pm sampai IJN KL. bukan sakit jantung pun, ziarah kawan lama dia buka kedai kasut dalam IJN ni. Kasut pun sedap-sedap.
Borak jap, then masuk Asar, terus naik ke surau IJN.
Surau-surau hospital ni bagi saya memang syahdu, disinilah tempat doa-doa luhur, jujur, ikhlas, dalam dan doa doa yang terpaling dalam pengharapan kepadaNya.
Lepas Asar, saya dan kawan saya keluar ke anjung surau IJN tepi kiri tu, berbual perihal bisnes, kehidupan dan macam2. Sampailah sedar2, dah nak maghrib.
Terus tunggu Maghrib, berbuka dengan anak-anak tahfiz.
Berbual dengan seorang anak tahfiz disebelah saya, dia ada 7 adik beradik, ayah dah takde. Mak hantar semua ke Tahfiz. Alhamdulillah dia dah 15juzuk dah hafal. Lapang barzakh ayahnya InshaAllah..
Lepas maghrib, saya dan kawan saya turun ke kedai dia dan berbual sikit tentang biz etc. Memang lama tak jumpa. Jadi panjang berjela. Saya tanya dia apa amalan dia berjaya, dia ada sharelah jadual awal pagi dan jadual harian amalan dia. Alhamdulillah. Dia ajak tidur rumah dia, saya kata tak apa, saya nak ke Puncak Alam.
Jam 10pm, saya bergerak ke Puncak Alam, dalam jam 10.30 macam tu di Tol Duta, terleka ingat bawak kereta, pegi masuk lorong RFiD. hahaha.
Mujurlah takde viral atau dashcam. Dan waktu tu kereta tak banyak, yela ramai masih terawihkan…
Sampai Puncak Alam, dah lama tak pegi sejak pindah dari Shah Alam ke Sp, lain betul Puncak Alam.
Sampai hotel area Eco Granduer tu, letak2 kepala, terus lena.


———
29/3/2023
———
29hb pagi, sahur di ARR Bistro. Mamak2 tu mesra sungguh borak2. Dapat lauk free 1 dan air free. mungkin tokey nak pahala lebih.
Lepas subuh jam 8 pagi, keluar redah2 jem dengan warga kota. Saya menghala ke Rawang. Tayar rasa gegar. Semalam laju sangat ke ape ke. Tengok tayar mcm ada benjol sket. Yela. tayar beli sebelum PKP. lepas tu tak ride lama PKP kan. lepas PKP pun ride dekat2 je… Takpelah gegar tu, meeting dulu di Rawang.
Jumpa seorang idola traveller, saya drive di turkey 24hari tanpa guide ikut suka redah, inspirasi dari dia lah. Dan dia lepas tu drive di negara2 Balkan, saya belum tiru lagi.
Selesai meeting dengan dia, saya rasa gegar makin kuat . Kawan saya rawang ni cadang saya tukar tayar di kedai Kangkang… saya pun rasa ingat2 jalan, target dynasty hotel jelah.
Sampai situ, masa buat uturn, ada mamat mana tah tahan2 , ingat seller kedai, saya pun terlajak ke kedai azmi, mahmood.
Rupanya member..cis.
Lepas tengok stock2 tayar tahun 2023, belakang T32, depan Angle GT2, skali tgk brake pad nipis sangat depan belakang. alang2 tukor filter dan minyak hitam.
Haih, sekali bil riban2, dah la panas. lagi rasa nak pengsan tengok bil. hahahahah.. sementara tunggu motor siap, buat keje sikitlah…
Lepas tu terus ke Cheras Jaya, meeting guru dedikasi ajar anak2 sekolah2 di bandaraya KL ni khas anak2 murid rendah literasi, ada masalah membaca.
Lepas tu ke Setiawangsa… jumpa client staff Petronas yang WFH..
Panas betul haritu. Bila isi minyak petronas setiawangsa tu, kuat betul bau mcD. haahaha.
Kemudian tengah decide, nak terus ke Terengganu atau ke Puncak Alam balik, teringat ada kawan kontraktor tgh renovate klinik kawan dia di S.alam. Oklah, dah jam 4, ke puncak alam, terus ke kedai kawan sekampung, Green Garage.
Ya Allah, diorg sediakan makanan padu2 nak ajak sy berbuka skali. Green Garage ni banyak custom barang besi.
Sementara nak berbuka, kawan2 pun datang berbuka sekali.
Lepas jam 9, balik la ke hotel di puncak alam. Letih sebab cuaca memang panas berbahang teruk. Beli air lebih sikit. sahur. tapi turun jugak ke ARR Bistro.
——-
30/3/23
——-
Pagi tu rasa lemau sket tapi masih ada energy. Dilemma nak gerak ke terengganu or pusing area S.alam lagi sebab client di Terengganu ada emergency masuk ke Thailand.
Teringat kawan yang renovate klinik di Dataran Otomobil Shah Alam tu, jumpa dia dulu lah. dia kata ok jam 11. Jumpa2 borak2 planning2, biz biz etc..tup tup dah jam 1.30pm. Saya kata nak gerak ke Kuala Terengganu ni.. jam 2 gerak.
Masuk je Karak, niat nak santai. Ada ZX6 dan Z900 kat nak masuk jalan moto tepi tol karakm Kita bawak moto ada box, malas laju2 ramai2, laju sorang takpe haha.
Skali potong dua dua ni, saja angkat tangan bermesra bertegur2 kan, skali diorang mencucuk, sy ke tepi dan bagi laluan, tangan signal suruh potong dan thumbs up, maybe diorang ingat ajak sparring pulak.
Bertiga lah mengasah tayar. Astaghfirullah. Tapi takdelah laju mana pun. Rileks je. kereta pun tak banyakk.
Sampai area janda baik, Z900 tu exit dan hon2. ZX6 bersama sampai tol Karak. Saya berenti tepi jap, decide nak ke KT ikut mempaga gua musang or terus je.
Last2 decide terus…Panas dia takleh bawa bincang. Asar saya berenti di Perasing, ada ramai geng peronda trafik moto beso2 jugaklah.
Punya panas, basahkan terus badan, bandana, jaket2 pun basahkan, baru lega. Jamak then rehat sekejap mesej2 kawan2 di Terengganu. Ok hj Mang ajak berbuka di rumah dia. dia bagi location, area Pasir Tinggi. Ingat2 lupa, terus pecut sebab GPS tunjuk sampai jam 7.10pm. Segan rumah orang kan kalau sampai ngam2 berbuka. so pecut.
Tak berenti dah isi minyak, bajet nak isi kat Ajil. Sampai area AJIL minyak berkelip, skali takde stesen minyak di Ajil, terus tukar mode sports ke mode touring, bawak 100kmj. Tgk GPS dah tak jauh…tapi jalan dia berpusing2.
Ngam2 sampai rumah dia,tak kena tolak.Syukur. Nak tolak moto 200kg petang2 bulan puasa memang tak la deerrrrr…
Borak2 jap, tgk dia buka projek nenas MD25, padu. Dia dulu offshore underwater inspections, Covid buat dia diberhentikan. skang dia buat biz plate rivet di ganu dan nenas2 ni etc2lah.
Lepas berbuka gulai kari kepala ikan ebek, malam tu lepas terawih keluar ke Kuala Terengganu, moreh collek dengan tokey gunting rambut tersohor ganu. Saya design logo dia. Dah 12 cawangan dah dia.
Borak2 mcm2 isu, sedar2 jam 1 pagi. Jeng.Kreng.
Dulu saye duduk di S.alang, saing2 mmg rama sek sek ganung. client wedding ramai ganung, client tshirt, design, client takaful, Hibah pun rama ganung. huhu.
Balik jam 1 pagi lebih tu, bual dengan kawan dalam kereta dah tintong2. Dengar dia share mcm2, tapi nak respon mcm takde pikap. siap terlena haha.
Sampai rumah dia, letak2 kepala, zuss..sedar2 4.30 pagi.
——-
31/3/23
——-
Sahur makan ikan rebus cicah sambal padu. Ada lauk macam2 tapi yang ni gak padu. Lepas solat subuh jemaah, saya nak mintak diri dah.
Skali lupa moto minyak kering, tak berani keluar, kang menolak.kawan ajak gi Bukit Payong naik kereta isi minyak dalam tong.
Settle tuang.. pakai jaket apa semua. Jam 8 lebih bergerak ke Gerik. Sebelum simpang exit area Gemuruh tu, berenti jap sebab kawang2 tganu hok laing baru nampak saya ada di ganu. Ramai ajak lepak dan stay lgi sehari dua, kawan kelantan pun ajak stay, wife suruh balik sebab anak-anak demam, musim panas kan. So terus minta maaf kengkawan2 ganu, nati ambe mari smula.
Sampai gerik jam 12 lebih sikit. Jalan Timur Barat dah makin ok. Banyak tempat tar baru bukan resurface, korek buat baru terus. Alhamdulillah.
Tidur jap kat rumah mak, Qailullah, then gi jumaat. mmg tak tertidur langsung, sbb segar powernap Qailullah kan.
Khutbah ttg pesta pembaziran makanan bulan Ramadhan. Moga Allah swt tak uji kita dengan kebuluran atau tak cukup makan sebab dosa pembaziran kita.
Lepas jumaat, jumpa kawan2 jap then asar gerak ke Sg.Petani..dalam jam 6… rupanya mak gerak dgn adik ke sp jugak sbb dia rindu cucu-cucu.
Berbuka, badan rasa dedar dan melayang. Mungkin sbb vibrate gegar 4 hari atas motor, panas cengg, makan sikit je..telan panadol, buat submission polisi hibah kawan yang suka ride2 kalau TPD atau meninggal dapat juta2 kat waris, lepas tu terus, lena.
Sekian perkongsian Ride Solo Minggu ni. Moga ada manfaat salam karangan pendek ni.
Tahun 2020 buat pusing 2020km semenanjung dalam 24jam, mujur jalan elok time tu…minda masih simpan endurance badan, termasuk memori2 daya tahan di Nepal, India, etc.
Sebab tu ada sesetengah rider, saja buat ride ride endurance untuk bina satu memori daya tahan mental.
Bukan sekadar untuk tahan ride, tapi tahan mental dan minda dalam menghadapi ujian kehidupan.
Alhamdulillah Selamat, Mental ok, dan syukur tak microsleep atas motor.
Kadang, dalam helmet lebih banyak zikir dan istighfar dari atas sejadah, lebih banyak berdoa dan meluahkan segala isi hati, kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Zulhafidz Yahaya
Sg.Petani 1 April 2023.






